Thursday, January 14, 2010

Alasan alasan munasabah seorang pemalas

Aku memang pemalas, so dibawah ini aku sertakan beberapa alasan mujarab yang berjaya membawa aku hidup sebagai penganggur untuk hari ke 55 ini, gunakan tanpa was was.

1. Tak ready. saya bukan apa abah, study pon baru habis, bagi la peluang nak menyemai bakti di
rumah sendiri pulak...

2. Belum ada rezeki. resume dah berpuluh puluh photostat. setem pon dah berpuluh ringgit, tapi
apa nak buat, belum ada rezeki.

3. Dunia dah nak kiamat. Buat apa nak bersusah cari dunia bila kiamat dah nak dekat. [ hanya
berkesan jika keluarga anda join Ayah Pin]

4. Abah banyak duit. Kalau semua dalam famili ni bekerja, cari duit, sapa yang nak habiskan
semua nih? [ alasan untuk orang yang berpipi tebal, sebelum kena penyepak jepun]

5. Nak sambung belajar. Antara alasan paling berkesan dalam hidup seorang pemalas, tapi
awas..hanya berkesan sehingga tahap tertentu. contohnya, pemegang diploma nak
sambung degree, xkan nk sambung PHD pon pakai duit famili?

14 Januari 2010 - 55 hari kemudiannya

Steady! hampir 55 hari +- aku bergelar penganggur! Bersama sama post ini, aku sertakan lagu ciptaan Allahyarham Sudirman


Aku Penganggur

Jangan ku dipandang hina
Hanya kerna aku penganggur
Jangan pula ku dilupa
Hanya kerna aku penganggur

Aku hanya insan biasa
Ingin juga hidup bahgia
Ohoo... nasibku
Aku penganggur
Ohoo... nasibku
Aku penganggur

Puas sudah mencari kerja
Memang nasib aku penganggur
Masih belum diterima
Memang nasib aku penganggur

Hasrat hati ingin membantu
Menjaga orang tua ku
Ohoo... nasibku
Aku penganggur
Ohoo... nasibku
Aku penganggur

Aku anak berbudi bahasa
Walaupun aku penganggur
Hormat kepada orang tua
Walaupun aku penganggur

Mungkin esok ataupun lusa
Aku akan mendapat kerja
Ohoo... nasibku
Aku penganggur
Ohoo... nasibku
Aku penganggur



Nice

Saturday, February 28, 2009

vakasion ( Vacation)










Haa..cantik x? nak tahu lokasi..email aku sendiri, pulau private beb.. tak boleh camping..tak boleh overnight..tapi ada exception untuk orang yang sokong ARSENAL!

Thursday, December 4, 2008

It takes twenty to tango!

Sesungguhnya aku dah tak sabar! Memang aku dah tak tahan! Dan Tak Sanggup Tunggu!Percutian terbesar bersama rakan-rakan! Bukan rakan-rakan sekolej/sekuliah/sekerja! Tetapi rakan -rakan seawal zaman persekolahan sekolah rendah - rata-ratanya sudah hampir 15 tahun aku kenali! Macam trip ke Pantai Kerachut dan Monkey's Beach, tetapi lokasinya...masih rahsia! nantikan gambar -gambar yang mungkin akanku selitkan disini!

Dan dikesempatan ini, ingin ku ucapkan Selamat Hari Raya Qurban ya! Semoga berbahagia disamping keluarga+rakan-rakan+ Lembu/Unta/Kibas/dll yang bakal disembelih nanti! aku pon ada bahagian juga dalam Qurban tahun ini - lembu yang akan membahagiakan diriku di akhirul qalam nanti, harap -haraplah! Adiosamigos!

Friday, November 21, 2008

Kalau + Nak

Aku rasa..sudah hampir 4 bulan tak menulis dalam page ni, bukannya sibuk sangat pun, tapi kadang2 bila kemalasan menyelubungi diri, usahkan nak menulis, nak ajak makan pun aku tak sudi..tapi, sempena cuti semester dan tahun baru yang bakal menjelma ini, aku akan cuba untuk memperbaiki diri, so, im gonna list down few things i want to do for this hols+ next year! azam mesti lebey!bak kata malique dalam lagu bertemakan pertubuhan2 belia terunggul abad ini - gagal merancang, merancang kegagalan!

1. Kalau boleh, aku nak KERJA, dah terlalu lama aku bersenang lenang! lagipun pengajian sarjanaku itu tidaklah begitu membebankan, janji cukup ration aku bulan -bulan+ duit kereta!!(rakan-rakanku ada yang sudah/akan bertunang/kahwin, aku? tak nampak jalan lagi..gelap gulita!matang sungguh mereka itu, good for em)
2. Nak maintain pergi gym! haha..dapat badan macam Ben Stiller pon da kira OK! *slur*
3. Nak jadi manusia yang lebih berdikari, sebab aku rasa aku nih da jadi terlalu bergantung kepada orang untuk buat sesuatu, especially rakan-rakan karibku!

Cukup dulu setakat itu, kalau dapat buat 3 ini pon da bagus! nak tulis banyak2 pon, tapi kalau tak buat..tak guna jugak..tapi atleast aku da ada perancangan aku sendiri! adios amigos!

Saturday, September 6, 2008

10 things I hate about Independence Day

  1. Ramai kawan-kawan menghilangan diri. Yang ber dating, balik kampung, servis kereta ataupun menghantar adik. :p

  1. Traffic Jam, mesti jam teruk punya.. bumper to bumper, accident anywhere, tow truck buat duit ja festive time macam ni

  1. Kalau kamu pergi ke Dataran Merdeka @ sewaktu dengannya..kes raba menjadi – jadi, pickpocket, kunci kereta hilang, handphone jatuh.

  1. Nak hantar message tak boleh, message centre dah overload. Call pon susah nak get through.

  1. Sure ada gang fight, indon vs bangla, or melayu dengan Chinese, walaupun Malaysia ni bermasyarakat majmuk, tapi kadang – kadang bila time macam ni, tension tu tinggi sangat kot..xdapat handle pressure,tah la!

  1. Mat rempit bersepah –sepah. Walaupun tak semua yang naik motor tu wajar disalahkan, tapi karenah segelintir daripada mereka yang bernama mat rempit ni memang tak bleh blah..kau bawak bendera Malaysia, Patriotik, aku pun suka, tapi kau tak pakai helmet???

  1. Anak – anak kecil menangis kena pukul dengan parents sebab tak dengar cakap, sebab lari- lari dekat KLCC’s garden..nama pon anak kecil, kan? You can’t expect them to sit tight and listened to Mawi’s...Don’t you?

  1. Sambutan Merdeka yang bukan lagi multi- racial, tapi dah jadi multi-nation. Walaupun yang Merdeka tu Malaysia, tapi rakyat negara lain juga tak melepaskan kesempatan seperti Nepal, India, Bangladeh , Indonesia ataupun Myanmar.

  1. Bila dah habis celebrate, semua pon berpusu-pusu nak balik, Exit route jammed, driver yang dah penat, tak mampu lagi nak tolerate, muka masam, bini kat sebelah dah tarik muka 44 sebab lapar tak makan malam lagi.

  1. Actually, regardless apa yang aku da tulis kat atas tu..it’s our rights as Malaysians to celebrate our Independence day, walaupun semua kat atas tu memang kadang- kadang jadi penghalang kita..tapi selagi kita nak sambut, kita kena la sanggup hadap semua nih, well..nak tengok bunga api punya pasal, kena tahan sikit la kan? Heh, Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 51 & Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak!!

Mr Forrest Gump,

Semalam, dan seperti kebanyakkan malam malam yang lain, aku akan menonton movie dahulu sebelum tidur, dan semalam, pilihan aku adalah Forrest Gump, cerita yang aku rasa tak perlu lagi aku kenalkan, sebuah movie yang telah memenangkan Tom Hank pelbagai anugerah dan dianggap antara masterpiece dalam dunia perfileman. Tiba - tiba aku rasa nak menulis perihal mesej yang tesemat dalam Mr Forrest, Forrest Gump

1. Keikhlasan
Betapa keikhlasan hati itu benar – benar membawa kepada kejayaan. Tak seperti kebanyakkan kita yang kadangkala membuat sesuatu hanya demi mencapai tujuan tertentu, kebanyakkanya hanya untuk mendapat fame and recognition, pathetic!.

2. Cinta
Sesuatu yang menyentuh hati, bukan? Ramai yang mengalirkan air mata bila mengenangkan nasib Gump yang terlalu menyintai Jenny sedangkan kita semua tahu semua itu tak mungkin jadi kenyataan. At last, Jenny did realize of whom she should be with until the day she died, kan? Menangis beb…hahah

3. Kata itu kota
Kalaupun Forrest Gump itu hanyalah sekadar fantasi dan tak mungkin wujud dalam realiti, tetapi mungkin sesuatu yang dapat kita pelajari dari seorang yang dungu seperti beliau, janji beliau kepada Bubba, Lieutenant Dan ataupun ibunya.

4. Aku suka cerita ni! I Likeeee!
Tak kesah berapa banyak kali aku da tengok cerita nih, every once in a while, seldomly, or even always, cerita ni tetap best, walaupun habes semua King Elvis,The assasination of JFK, Watergate Conspiracy, Racial Integrity Started in U.S, aku tetap suka tengok cerita nih!