Sunday, May 4, 2008

Malaysia's Top 10 Hits

Arhhh..letih dan mengantuk, inilah akibat menjadi Batman. Bila siang dah kau penuhi dengan xtvt tidur sehingga lewat petang, mulalah mata yang sedikit sepet ini tidak mahu terpejam di malam hari. Kali ini aku mulakan dengan 10 isu yang pada aku adalah terhangat untuk dibicarakan sepanjang 5 bulan kita didalam tahun 2008 ini. Hanya dalam pemikiran aku, tidak semestinya kamu juga berfikiran yang serupa, bukankah kita manusia dicipta berbeda? Macam lagu dewa tu..heh.

1. Pak Lah.
Berbagai kontroversi melanda pak lah dan kerajaan pimpinan beliau. Bermula dari sokongan semua dalam pilihan raya 2004 sehingga kekalahan teruk dalam pilihanraya 2008. Sepatutnya tidak layak dan tiadalah aku mahu disaman pihak tetentu kerana menulis perihal politik ini, cukup sekadar kamu semua menonton buletin utama atau warta perdana untuk mengetahui hal ehwal semasa. Segala tomahan dan cakap- cakap yang belum diketahui status kebenaran itu aku kira telah membuahkan hasil ( baik ataupun tidak, terpulanglah kepada kamu) pada tahun ini.

2. Kidnap
Semenjak dahulu lagi kes-kes penculikan telah menggemparkan seantero malaysia, tetapi dua landmark cases, yang melibatkan adik Sharlinie dan Nurin Jazlin telah berjaya menyedarkan manusia tentang perihal harga nyawa anak kurniaan tuhan. Ibu bapa kini lebih cenderung menjaga keselamatan anak anak, dan permintaanku kepada tuhan yang satu, semoga culprits yang mendalangi perbuatan sial ini akan dihukum setimpalnya diakhirat kelak. Celakalah kamu wahai syaitan yang bertopengkan manusia.
3. Hujan
From zero to hero. Dari scene underground hinggalah menjadi kegilaan didalam dunia mainstream. Hujan, kumpulan muzik yang dianggotai anak anak muda telah berjaya sedikit sebanyak mengurangkan pengaruh kumpulan kumpulan indonesia dalam fikiran aku. Kini, kalau kamu ada di kota , ringtone lagu lagu mereka pasti banyak kedengaran. Walaupun baru baru ini, mereka dicemuh sewaktu di JB ( http://www.youtube.com/watch?v=TRDqSxSZBY0 ), tetapi terpulanglah kepada kamu untuk menilai tindakan itu, patut atau tidak, lu pikir lah sendiri, macam Nabil cakap tuh..haha.

4. AF 6
Haha..ia muncul lagi.. sudah 6 tahun tiada berhenti henti mencipta para bintang yang megah di persada seni..? ( megah? hmm..) AF6 muncul kembali, menghangatkan suasana rumah, si anak lelaki dan bapaknya sekali terpaksa berperang dengan ibu dan kakak-kakaknya untuk menonton EPL (English Premier League) sedangkan semua yang lain beria -ia mahu meng-afundi sehabis banyak demi mengekalkan pelajar kesukaan masing masing. Dari si kecil molek Nadia hinggalah Mama Rina diundi tiada henti..akhirnya Ananda Krishnan juga yang semakin berisi.. kegilaan yang tidak terhenti dirumah, sebaliknya merebak hinggalah ke kedai tomyam berhampiran, sampailah ke restoran mamak Hakim di Shah Alam ataupun Shah Jahan Maju di Setiawangsa, semuapun turut merasa tempiasnya.. dan aku, yang hanya bersuara mono mewakili diriku sendiri, tetap cool menanti adakah juaranya nanti seterer Mawi yang dah mampu melantak McD 8 kali sehari...opps

5. The Devil vs The Blues
Semakin sengit setiap waktu, dari perebutan EPL hinggalah ke perlawanan akhir UEFA Champions League, kuasa 2 kelab Inggeris ini seakan-akan tiada noktahnya walaupun pada fikiranku ARSENAL yang lebih layak berkuasa mutlak, tetapi, monovoisku ini hanya mewakili diriku sendiri, terpulanglah kepada kamu semua untuk menilai sendiri, tetapi untuk perebutan EPL yang bakal berakhir kelak, Manchester United pada fikiranku lebih layak bergelar juara, dan Roman Abramovich pastinya berharap segala wang yang telah dilabur sehingga beliau bukanlah lagi jutawan nombor satu Russia berbaloi untuk menghadiahkan trofi kejuaraan Eropah tahun ini.

6. Padi oh beras.
Siapa yang tidak sakit hati jika harga makanan ruji selama ini meningkat naik secara mendadak, kita pun bukannya boleh makan roti hari- hari, dasar perut melayu, kalau tidak dijamah nasi sehari, sampai pening dibuatnya.. kata dari seorang teman yang merungut sewaktu kami keluar lunch pada pukul 3.30 petang, akibat beria- ia mahu makan tengah hari denganku yang sememangnya jarang dapat makan on time sebab tak bangun tidur lagi. Tetapi, masih pesawah yang membanting tulang yang tiada terbela nasibnya, harga beras naik mendadak, tetapi harga runcit yang dibeli oleh pengilan beras masih lagi ditahap lama, rungut pesawah yang ditemubual di dalam Buletin Utama tempoh hari, kecewa sungguh nada beliau, sehinggakan terpanggil aku untuk menulis tentang hal ini.

7. BPR, bukan Bumiputera Rockers
Bola sepak Malaysia digemparkan lagi dengan kes-kes rasuah yang mengembalikan nostalgia sewaktu Liga Semi-Pro satu ketika dulu cukup menambat hati aku, bukan terperanjat, sebaliknya merasakan ia sebagai satu lawak jenaka yang mampu mengubat duka sesiapa sahaja. Waktu zaman Liga Semi- Pro dulu, memanglah Malaysia ini pasukan yang agak kuat jika dibandingkan dengan negara- negara ASEAN yang lain, cukup menarik bookie- bookie bola sepak untuk menabur janji manis kepada pemain pasukan lain supaya meloloskan gol, ataupun sengaja memegang bola di dalam kotak penalti.Itu dulu jack, tapi sekarang ni, Malaysia hanya sekadar pasukan belasahan yang nak menang dengan Singapore pun berpeluh beb.. itupun tak rasa malu lagi, masih mahu wang haram sebab nak beli kereta, rumah ataupun sekadar menghantar keluarga pergi ke Mekkah, tah la, malu..aku malu..



8. Driftttttttttttttttttt
Kegilaan anak anak muda berhati waja seperti Shahadan dalam drama Hati Waja sewaktu aku kecil dulu, cukup untuk membingitkan telinga dan membangunkan anak anak kecil di malam hari. Kegilaan yang dicipta dari Jepun, kalau tak silap aku la..ditambah pula dengan movies seperti Tokyo Drift dan Evolusi KL Drift yang padat dengan aksi hampir sama, berbeza cuma hero our home made film lebih kepada typical Haslam's yang pada fikiran aku, lebih menyerlah jika Farid Kamil menjadi heronya berbanding bekas mat dadah ( pernah masuk paper kan??kalau dah insaf lebih baik, harapnya begitulah.) Tepukan kerana filem Malaysia terus mengganas di layar perak sehingga full house walaupun setengah daripadanya adalah mat mat Indon yang mahu belajar mengenai Drift supaya boleh diceritakan setibanya mereke di kampung halaman kelak..


9. Band Sendiri@Konserto Underground a.k.a Gigs
Bukan orang tua Ryan Gigs dari Manchester United itu, tetapi mini- mini konsert yang rata-ratanya dihadiri oleh peminat musik bawak tanah a.k.a underground, satu persepsi yang semakin menular hari ini, dan semakin menjadi- jadi. Menubuhkan kumpulan musik sendiri, satu kegilaan yang tiada sempadannya lagi, cuba kamu lihat di sebelah kamu, mungkin rakan@ sesiapa saja disebelah kamu turut mempunyai band sendiri, walaupun nama kumpulannya sekadar real-real xpdc, tetapi adalah menjadi kewajipan bagi setiap remaja zaman sekarang untuk mempunyai band sendiri, supaya dia juga boleh menyertai gigs yang puratanya 7 hari seminggu di sekitar Malaysia ini, banyak, dengan hujan menjadi calon utama setiap gig supaya jumlah crowd akan meningkat berkali ganda, menandakan untung yang membolehkan organizer makan lewat malam di William ataupun Murni setelah berpenat lelah dari pagi ke malam.


10. Social Utility Websites
Dari Friendster, sampailah Myspace hingga ke Facebook (Fs,Ms dan Fb mengikut tulisan sms mereka) semuanya penuh dengan gambar-gambar lelaki dan perempuan yang berposing typical, menampakkan muka yang bibir dijuih, supaya kelihatan cute, ataupun berspek hitam sebesar bola bowling bersaiz 12..dari nickname yang cute and stylish, hinggalah nama yang aku sendiri pun tak paham seperti " abang nak tu" , "abang lonely" dan nama-nama yang berunsur lucah yang meloyakan tekak, itupun masih ada yang sudi berkawan dengan komen-komen yang berbaur s*x, urghhhh..sekadar peringatan, jangan terlalu percaya dengan gambar, kerana selalunya gambar boleh di"edit" dengan adobe dan sebagainya, sehingga hilang jerawat dan jeragat, lubang kawah bulan yag terdapat di muka, ataupun memutihkan kulit yang selalunya gelap tanpa menggunakan fair n lovely.. sendiri mau ingat la beb, pandai- pandailah fikir sendiri..alamak, aku nak keluar ni, bertemu janji dengan rakan-rakan yang menanti aktiviti untuk malam ini..salammmmm.

No comments: