Sunday, July 20, 2008

K a l a u

  1. Kalau kamu tahu cinta itu bukan saja membawa kebahagiaan, tetapi juga kesengsaraan, pasti tidak kamu lepaskan dia, bukan kerana untuk mencari cinta itu kembali bukanlah mustahil, Cuma menuntut commitment dan memenatkan. Maka benarlah kata – kata ibunda dan ayahanda, belajar sampai habis dahulu, cinta itu akan datang sendiri.

  1. Kalau kamu tahu betapa ibu dan ayahmu sayang padamu, tentu tidak sekali – kali kamu lukakan hati dan terguris perasaan dengan perkataan dan perbuatan kamu. Apalah salahnya mereka bedua, kalau mereka tidak mahu melihat kamu memakai hot pant, spaghetti strap ataupun sekadar rambut blonde kamu itu.

  1. Kalau kamu tahu betapa sukarnya untuk mencari kerja ketika ini, pasti kamu [atau kita?..] akan belajar bersungguh – sungguh. Dari matrix sampai ke first degree sudah puas aku jolly, walaupun aku tiada pengalaman berkerja lagi sebenarnya, tapi sekarang aku dah tak mahu lagi, cerita dari rakan – rakan sudah cukup meyakinkan aku untuk sambung master pulak, you gotta have something extra to be at the top..

  1. Kalau kamu tahu untuk berhenti merokok itu memerlukan keazaman yang sangat tinggi, pasti kamu menyesal belajar menghisapnya ketika di sekolah menengah dulu! Dan aku yang cuba berubah ini turut merasa tempiasnya, exceptional temptation!

  1. Kalau kamu tahu kawan – kawan kamu itu adalah duniamu yang sebenarnya, tak mungkin kamu cuba untuk tinggalkan mereka sewaktu kamu bahagia bersama teman jimak mu, sewaktu kamu berpoket penuh dengan not rm50 dulu, dan kini bila semuanya sudah tamat, kembali menagih gelak tawa dan cuba nak pinjam duit pulak tu! Tak senonoh sungguh.

  1. Kalau kamu tahu dan hanya kamu yang tahu jika semua tulisanku diatas itu ada yang kena mengena dengan dirimu, apa yang kau tunggu lagi, cubalah untuk berubah [ ala – ala Kris Dayanti & Anang, “cubalah untuk setia” ] Selamat hari Ahad by the way..

No comments: